Sunday, December 20, 2009

BUKIT FRASER

Tempat : Bukit Fraser
Tarikh : 18, 19 Disember 2009 Jumaat & Sabtu

Ini kali ke-2 ke tempat ini, keputusan diambil di saat akhir. Nampak ada banyak perubahan daripada bulan April. Masa tu banyak bangunan sedang dalam pembinaan, sekarang dah siap dan telah beroperasi. Antaranya ialah Puncak Inn. Kelab Golf Fraser's Hill, Scott, Allan's Water.
Sama ada kebetulan atau tidak, sekali lagi saya mengalami hujan renyai-renyai yang memanjang dan kabus yang tidak pernah hilang dari pandangan. Terdengar juga orang yang lalu-lalang kata tempat ini romantik. Ada yang kata tempat ini sesuai untuk orang yang bercinta. Yang pasti, kali ini saya dah bersedia, dan hampir kesemua ceruk telah saya redah. Kabus, jam, dan bangunan ala Inggeris = Bukit Fraser.

Kalau nampak banglo ini banglo itu, itu semuanya tempat penginapan. Harga tak pasti, kena masuk dan tanya.

Banyak juga tempat berekreasi di sini, main golf, tunggang kuda, memanah, boating, jungle trekking, air terjun dsb.

Boating di Allan's Water menjadi daya tarikan baru. RM6 untuk 15 minit. Kalau naik dengan pakwe/ makwe + kabus tebal = romantik gila.

Terdapat banyak laluan jungle trekking di sini. Bagi kaki pencinta alam, tempat ini memang syurga bagi mereka. Pelbagai burung dan tumbuhan boleh dijumpai di sepanjang jalan. Persediaan perlu dibuat sekiranya ingin melakukan aktiviti ini.
Berehat untuk melupakan seketika kesibukan di kota... inilah tempatnya.

Sunday, December 13, 2009

CAMERON HIGHLANDS...

Tempat : Cameron Highlands
Tarikh : 10 & 11 Disember 2009
Tempoh : 2 hari 1 malam

Syurga strawberi, teh, bunga dan kaktus, itulah kesimpulan yang dapat diberikan.
Selepas sarapan pagi, terus berjalan kaki menuju ke Big Red Strawberry Farm memang idea. Tempat ini sesuai bersantai kerana luas, lapang, rileks dan menghimpunkan hampir kesemua keistimewaan yang terdapat di Cameron Highlands.
Sayur, bunga, strawberry, kaktus, anggur, tomato, cenderamata, cafe strawberry, enak sangatlah tempat ini. Labu besar, lobak gergasi... kena datang sendiri baru faham keseronokannya.
Lepas puas lepak di BRSF, elok terus ke Ladang Teh Sg Palas. Di sini kita boleh ambil gambar, menikmati teh di cafe yang dikelilingi pokok teh, melawat kilang teh, dan membeli pelbagai perisa teh. Selain daripada Sg Palas, terdapat satu lagi ladang teh di Tanah Rata iaitu Bharat Teh Estate, dan satu lagi ladang teh 'Boh' di Habu. Masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Kena lawat ketiga-tiganya.

Lepas penat berjalan, kalau terjumpa anak sungai ini, jangan lepaskan peluang berendam (kaki pun jadilah) seketika, memang 'sedap gila'. Airnya... waw sejuk best!!
Perjalanan hari pertama diakhiri dengan lawatan ke CactusPoint dan Tea House di Bharat Plantation. Sepatutnya nak jalan-jalan kat pasar malam, tetapi orang ramai sangat tak ada tempat nak parking. So, terus balik lepak kat bilik.

Hari ke-2
Aktiviti pertama terus ke MARDI, sarapan pagi saja di sana. Tempat ini macam biasa padat dengan pelbagai tumbuhan. Selain bunga dan sayur-sayuran, ada epal, anggur, teh. Bayaran RM3 sekepala. Masuk untuk bersantai best juga. Kekurangan yang dirasai kali ini ialah bunga ros di Taman Bunga Ros kurang meriah. Bukan musimnya agaknya.

Suka sangat le tu jumpa air.

Lepas puas bersantai, patah balik ke Brinchang singgah di EQ Strawberry, Bee Farm, Taman Rama-rama, Time Tunnel.
Sebelum balik ke KL, sepatutnya singgah di Ladang Teh BOH di Habu, tetapi kerana ada masalah brake kereta, so perjalanan dipendekkan sedikit. Lepas singgah sekali lagi di Bharat Teh Estate untuk tangkap gambar, terus menuju jalan pulang.

Sunday, November 29, 2009

TAMAN TASIK SUBANG JAYA

Tarikh : 30 November 2009 (Isnin) cuti sekolah
Lokasi : Taman Tasik Subang Jaya
Masa : se-tengahari
Kaki : 8

Terdapat banyak taman tasik di kawasan Petaling Jaya ini. Semuanya telah direka dan dihias dengan begitu indah dan cantik. Sedap mata memandang, seronok untuk dikunjungi. Cuma kita yang selalu pergi untuk berjogging kurang memberi perhatian tentang keindahan yang terbentang.
Perjalanan ini tidak dirancang, datang secara tiba-tiba dan dipersetujui, terus ke destinasi. Lebih tepat ia adalah satu Kunjungan Perpisahan. Sebab bertemu hari ini untuk bersama, esok tak tahu bila nak jumpa lagi.Menghabiskan masa boring di taman begini memang romantik.Tapak senam ada di sepanjang jalan. Haiwan liar ini pun ada. Kaki lain ada terserempak dengan biawak. Tapi ia lari laju sangat. Melayan perasaan. Siapa lebih handal mengimbang? Meluah rasa, melepaskan geram! Seperti tulisan pada pasir ini, keindahan hanyalah sementara. Maka hargailah saat-saat di mana kita dapat bersama...

SUNGAI LEMBING

Tarikh : 27 November 2009 (Jumaat)
Tempat : Sg Lembing

Tak tahu pun saya Sg Lembing merupakan satu tapak pelancongan sehingga saya terbaca mengenainya di internet.
"Bandar di mana masanya telah berhenti berdetik" begitu gelaran diberi. Kerana beratus tahun tempat ini makmur dengan lombong bijih timah, dan pada tahun 80-an apabila harga bijih timah turun mendadak, kilang di sini ditutup, tempat ini seolah-olah telah mati. Itulah kisahnya.Di pinggir pekan, jambatan gantung ini menarik perhatian. Di pekannya pula terdapat sekurang-kurangnya 2 lagi jambatan gantung begini. Ada yang boleh dilalui oleh motorsikal.Jambatan begini pula ada 2 (termasuk yang ini). Nampaknya sungai menjadi pemisah utama antara penduduk di kedua-dua belah sungai.Air sungai 'karat' di Tapak Perkelahan Pasir Kubur membinggungkan juga. Tapi tak ada masa yang cukup untuk menyiasatnya. Memang ada orang mandi di sini.Papan tanda sekolah, siap tertera email dan alamat blog.

Muzium, tutup satu hari sempena Hari Raya Haji. Terlepas peluang nak tengok awek yang kerja di kaunter muzium tu. :-(

Kami tercari-cari juga Kedai Kopi Salmah yang diceritakan dalam internet. Tapi tak jumpa.

Sedikit rugi perjalanan ini kerana sampai di sini agak lewat. Beberapa tempat menarik tak dapat dikunjungi. Bukit panorama tak dijumpai, Air terjun Pelangi pula perlukan pemandu pelancong. Perjalanan kali ini hanyalah sebagai jengok-jengok je lah.

Sunday, October 18, 2009

PANTAI MORIB LAGI ...

Ya, Pantai Morib lagi? Dalam tahun ini, ini kali ke-3 saya datang ke sini. kenapa? Best sangat ke sini?

Tarikh : 17 Oktober 2009 (Sabtu)
Peserta : 2 orang
Catatan : Untuk mengisi masa cuti Deepavali 3 hari.

Kali pertama :
Orang rumah yang ajak datang. Sampai pukul 10 pagi. Air laut masih tinggi dan memukul benteng. Seram juga. Itulah perasaan pertama terhadap pantai ini.

Kali Ke-2 :
Tujuan utama untuk berjalan mengisi masa, dan bergaya tangkap gambar. Ada standby bawa pakaian sekali. Mulanya liat nak turun laut, tapi kerana terdesak nak buang air ... hahaha.

Kali ini tiba di sini pukul 12.15 tengah hari. Pantainya nampak kering saja. Macam tak ada peluang nak mandi. Air laut telah surut begitu jauh.
Air laut yang kering. Ada orang kata macam padang pasir. Air laut surut jauh sehingga mencecah 500 meter. Ini juga satu keunikan?
Pukul 1.30 p.m, air laut mulai pasang. Ya, di sini kita boleh melihat dan mengikut air laut surut dan pasang. Sila bawa payung untuk tujuan itu kerana cahaya matahari amat terik pada cuaca cerah.Kalau warna kulit bukan masalah, maka bolehlah teruskan niat untuk bergaya. Saya tidak ketinggalan berendam sepuasnya. Akibatnya, kena 'sunburn' yang agak teruk! Leher, dahi, bahu, betis sakit-sakit, merah, hitam, gatal, dan pedas.Ini sesuatu yang jarang berlaku dan jarang dapat dilihat! Biawak mandi laut!!
Satu lagi yang saya perlu sebut di sini ialah, di pantai ini sepanjang masa ada orang berendam dan mandi. Tak kira pagi, tengah hari, atau petang; mendung, atau terik, atau hujan dan ribut?

Wednesday, October 14, 2009

PANTAI KEMASIK

Tarikh : 26 September 2009
Tempoh : 1/2 jam ~ singgah berehat saja :-D
Peserta : 2 orang
Catatan : Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur selepas Raya.Tengok sajalah ya, pantai ini tidak dibenarkan mandi kerana air dalam dan ombak kuat. Orang ramai yang menuju Kuantan dan pantai barat memang suka singgah di sini untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.sempat lagi nak bergaya ...

MASJID KRISTAL

Tarikh : 21 September 2009 (Raya ke-2)
Tempat : Masjid Kristal
Tempoh : 20 minit (lebih kurang)
Peserta : 7 orang

Dalam kesibukan beraya tahun ini, sempatlah mencuri masa beberapa ketika singgah di tapak tumpuan baru pelancong di Terengganu ini.
Kalau jalan tak sesak, 15 minit dah boleh sampai ke sini dari pusat bandar. Ikut saja papan tanda yang tertera Taman Tamadun Islam.
Kedudukannya strategik kerana lokasinya yang bersebelahan dengan Taman Tamadun Islam. ~ yang kebetulan tutup sempena Hari Raya Aidilfitri :-(Saiznya tidaklah besar, namun tidak menghalang ia menjadi salah satu masjid yang unik.
Masjid ini juga menarik ramai pelancong bukan Islam datang mengunjung.

Sunday, October 11, 2009

IMPIAN COUNTRY RESORTS, HULU LANGAT

Lokasi : Impian Country Resort, Hulu Langat
Tarikh : 10, 11 Oktober 2009
Peserta : 40 murid, 15 guru
Catatan : Sempena Perkhemahan Unit Beruniform sekolah (SK2PJ) 2009

Pemandangan yang memukau sebegini selalunya hanya dapat dilihat dalam lukisan. Tumbuh-tumbuhan yang ditanam secara kreatif menonjolkan kelainan tempat ini. Air sungai mengalir cetek. Sesuai untuk aktiviti. Seronok untuk mandi.Air terjun di atas bukit menjanjikan pengalaman berbeza. Hutan di belakang ini ialah tapak Aktiviti Berhalangan dan Jungle Tracking.

Catatan :Jungle tracking di sini membuat saya rasa seronok. Di sini jarang ada pacat. Hanya 3 orang murid saja yang dihinggapi pacat (Salman, Yusri dan Nurul Shafiqah). Ia juga dibantu cuaca, kerana malam tadi tak hujan. Beberapa lokasi dalam laluan ini agak mencabar bagi murid-murid sekolah rendah. Bagi seorang guru, ia amat menyeronokkan. Elok jangan tergesa-gesa untuk menghabiskan perjalanan, ia mungkin menyebabkan kita terlepas untuk menikmati suasana dalam hutan ini.

Pihak Impian Resort turut mengendalikan aktiviti Leadership Games (Mencari Guli Dalam Air, Sang Kancil dan Buaya, Mengisi Air Dalam Paip Besar, Mengisi Air Dalam Baldi) dan Jungle Tracking.

Tuesday, October 6, 2009

MENCARI DETIK di TASIK KENYIR

Tempoh : 3 hari 2 malam (sempena cuti Raya 2009)
Tarikh : 22, 23, 24 September 2009 (Raya 3, 4, 5)
Bilangan Peserta : 8
Penginapan : RPP Tasik Kenyir
Jangan terkejut! Sepanjang perjalanan menaiki bot ke Pulau Sah Kecil, pemandangannya amat menakjubkan. Suasana dalam RPP nan tenang dan damai. Kalau tak singgah di Taman Herba memang rugi. Bergaya dengan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah!Duduk termenung melayan feeling di pagi hari best juga... Pendek kata, memang best!

Catatan:
Di Pulau Sah Kecil terdapat satu laluan jogging mengelilingi pulau. Kami mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk menghabiskan laluan ini dengan berjalan kaki. Oleh kerana laluan ini jarang orang guna, ia adalah dalam keadaan tidak terurus.