Sunday, October 18, 2009

PANTAI MORIB LAGI ...

Ya, Pantai Morib lagi? Dalam tahun ini, ini kali ke-3 saya datang ke sini. kenapa? Best sangat ke sini?

Tarikh : 17 Oktober 2009 (Sabtu)
Peserta : 2 orang
Catatan : Untuk mengisi masa cuti Deepavali 3 hari.

Kali pertama :
Orang rumah yang ajak datang. Sampai pukul 10 pagi. Air laut masih tinggi dan memukul benteng. Seram juga. Itulah perasaan pertama terhadap pantai ini.

Kali Ke-2 :
Tujuan utama untuk berjalan mengisi masa, dan bergaya tangkap gambar. Ada standby bawa pakaian sekali. Mulanya liat nak turun laut, tapi kerana terdesak nak buang air ... hahaha.

Kali ini tiba di sini pukul 12.15 tengah hari. Pantainya nampak kering saja. Macam tak ada peluang nak mandi. Air laut telah surut begitu jauh.
Air laut yang kering. Ada orang kata macam padang pasir. Air laut surut jauh sehingga mencecah 500 meter. Ini juga satu keunikan?
Pukul 1.30 p.m, air laut mulai pasang. Ya, di sini kita boleh melihat dan mengikut air laut surut dan pasang. Sila bawa payung untuk tujuan itu kerana cahaya matahari amat terik pada cuaca cerah.Kalau warna kulit bukan masalah, maka bolehlah teruskan niat untuk bergaya. Saya tidak ketinggalan berendam sepuasnya. Akibatnya, kena 'sunburn' yang agak teruk! Leher, dahi, bahu, betis sakit-sakit, merah, hitam, gatal, dan pedas.Ini sesuatu yang jarang berlaku dan jarang dapat dilihat! Biawak mandi laut!!
Satu lagi yang saya perlu sebut di sini ialah, di pantai ini sepanjang masa ada orang berendam dan mandi. Tak kira pagi, tengah hari, atau petang; mendung, atau terik, atau hujan dan ribut?

2 comments:

  1. yala... maknanya saya tak boleh pi la tu kat pantai.. dah panas, nanti hitam. tak palah... saya pi bercuti kat cameron highland la tempat sejuk.

    ReplyDelete
  2. cameron highlands, cadangan yang idea. bulan disember nanti kawe nak ke sano gak oi!

    ReplyDelete