Sunday, November 29, 2009

SUNGAI LEMBING

Tarikh : 27 November 2009 (Jumaat)
Tempat : Sg Lembing

Tak tahu pun saya Sg Lembing merupakan satu tapak pelancongan sehingga saya terbaca mengenainya di internet.
"Bandar di mana masanya telah berhenti berdetik" begitu gelaran diberi. Kerana beratus tahun tempat ini makmur dengan lombong bijih timah, dan pada tahun 80-an apabila harga bijih timah turun mendadak, kilang di sini ditutup, tempat ini seolah-olah telah mati. Itulah kisahnya.Di pinggir pekan, jambatan gantung ini menarik perhatian. Di pekannya pula terdapat sekurang-kurangnya 2 lagi jambatan gantung begini. Ada yang boleh dilalui oleh motorsikal.Jambatan begini pula ada 2 (termasuk yang ini). Nampaknya sungai menjadi pemisah utama antara penduduk di kedua-dua belah sungai.Air sungai 'karat' di Tapak Perkelahan Pasir Kubur membinggungkan juga. Tapi tak ada masa yang cukup untuk menyiasatnya. Memang ada orang mandi di sini.Papan tanda sekolah, siap tertera email dan alamat blog.

Muzium, tutup satu hari sempena Hari Raya Haji. Terlepas peluang nak tengok awek yang kerja di kaunter muzium tu. :-(

Kami tercari-cari juga Kedai Kopi Salmah yang diceritakan dalam internet. Tapi tak jumpa.

Sedikit rugi perjalanan ini kerana sampai di sini agak lewat. Beberapa tempat menarik tak dapat dikunjungi. Bukit panorama tak dijumpai, Air terjun Pelangi pula perlukan pemandu pelancong. Perjalanan kali ini hanyalah sebagai jengok-jengok je lah.

3 comments:

  1. ooo.. gi kuantan tak cakap ni. kalau tak boleh saya belanja kat secret recipe. hehehe.... cikgu mad dah sampai situ, saya tak sampai-sampai lagi, baru pusing bdr kuantan. tapi dah expert dah jalan. tak sesat dah lepas ni.

    ReplyDelete
  2. kali ke-2 saya datang nanti, awak kena bawa kami ke destinasi yang belum saya jumpa di Sg Lembing...

    ReplyDelete
  3. saya pun tak pernah datang sg lembing, macam mana nak bawa Cikgu Mad, bawa round bandar Kuantan dan Pantai TC bolehlah. hehehe.. Tak payah lah pi situ, kawasan banjir tu. hehe

    ReplyDelete