



Lepas penat berjalan, kalau terjumpa anak sungai ini, jangan lepaskan peluang berendam (kaki pun jadilah) seketika, memang 'sedap gila'. Airnya... waw sejuk best!!
Perjalanan hari pertama diakhiri dengan lawatan ke CactusPoint dan Tea House di Bharat Plantation. Sepatutnya nak jalan-jalan kat pasar malam, tetapi orang ramai sangat tak ada tempat nak parking. So, terus balik lepak kat bilik.
Hari ke-2
Aktiviti pertama terus ke MARDI, sarapan pagi saja di sana. Tempat ini macam biasa padat dengan pelbagai tumbuhan. Selain bunga dan sayur-sayuran, ada epal, anggur, teh. Bayaran RM3 sekepala. Masuk untuk bersantai best juga. Kekurangan yang dirasai kali ini ialah bunga ros di Taman Bunga Ros kurang meriah. Bukan musimnya agaknya.
Suka sangat le tu jumpa air.
Lepas puas bersantai, patah balik ke Brinchang singgah di EQ Strawberry, Bee Farm, Taman Rama-rama, Time Tunnel.
Sebelum balik ke KL, sepatutnya singgah di Ladang Teh BOH di Habu, tetapi kerana ada masalah brake kereta, so perjalanan dipendekkan sedikit. Lepas singgah sekali lagi di Bharat Teh Estate untuk tangkap gambar, terus menuju jalan pulang.
cikgu ahmad tak puas-puas ke pi cameron highland. dari tahun lepas lagi, asyik=-asyik cameron highland. ooo.. pi cari gadis strawberry lagi ek????? :-)
ReplyDeletegadis strawberi tak jumpa. koboi strawberi ada seorang ...
ReplyDelete