Sunday, November 29, 2009

TAMAN TASIK SUBANG JAYA

Tarikh : 30 November 2009 (Isnin) cuti sekolah
Lokasi : Taman Tasik Subang Jaya
Masa : se-tengahari
Kaki : 8

Terdapat banyak taman tasik di kawasan Petaling Jaya ini. Semuanya telah direka dan dihias dengan begitu indah dan cantik. Sedap mata memandang, seronok untuk dikunjungi. Cuma kita yang selalu pergi untuk berjogging kurang memberi perhatian tentang keindahan yang terbentang.
Perjalanan ini tidak dirancang, datang secara tiba-tiba dan dipersetujui, terus ke destinasi. Lebih tepat ia adalah satu Kunjungan Perpisahan. Sebab bertemu hari ini untuk bersama, esok tak tahu bila nak jumpa lagi.Menghabiskan masa boring di taman begini memang romantik.Tapak senam ada di sepanjang jalan. Haiwan liar ini pun ada. Kaki lain ada terserempak dengan biawak. Tapi ia lari laju sangat. Melayan perasaan. Siapa lebih handal mengimbang? Meluah rasa, melepaskan geram! Seperti tulisan pada pasir ini, keindahan hanyalah sementara. Maka hargailah saat-saat di mana kita dapat bersama...

6 comments:

  1. ala... tak ada tempat lain ke cikgu mad nak gi selain subang jaya tu. hari-hari boleh gi. gi la tempat lain cuti-cuti sekolah ni. meh datang kelantan main air banjir lagi best. hehehe

    ReplyDelete
  2. perjalanan ke taman ini bukan untuk suka-suka, banyak yang tersirat... bukan pada tempat, tapi pada hati... :-D

    ReplyDelete
  3. kalau berdasarkan pada hati, ada satu tempat lagi best, pergi dapat manfaat yang tak ternilai.... hehehe.... carilah tempat itu...

    ReplyDelete
  4. buat suspen kenapa? sebut je la... :=D

    ReplyDelete
  5. la.... pi mekah la.... hehehe...

    ReplyDelete