Tarikh : 17 Oktober 2009 (Sabtu)
Peserta : 2 orang
Catatan : Untuk mengisi masa cuti Deepavali 3 hari.
Kali pertama :
Orang rumah yang ajak datang. Sampai pukul 10 pagi. Air laut masih tinggi dan memukul benteng. Seram juga. Itulah perasaan pertama terhadap pantai ini.
Kali Ke-2 :
Tujuan utama untuk berjalan mengisi masa, dan bergaya tangkap gambar. Ada standby bawa pakaian sekali. Mulanya liat nak turun laut, tapi kerana terdesak nak buang air ... hahaha.
Kali ini tiba di sini pukul 12.15 tengah hari. Pantainya nampak kering saja. Macam tak ada peluang nak mandi. Air laut telah surut begitu jauh.
Air laut yang kering. Ada orang kata macam padang pasir. Air laut surut jauh sehingga mencecah 500 meter. Ini juga satu keunikan?Pukul 1.30 p.m, air laut mulai pasang. Ya, di sini kita boleh melihat dan mengikut air laut surut dan pasang. Sila bawa payung untuk tujuan itu kerana cahaya matahari amat terik pada cuaca cerah.
Kalau warna kulit bukan masalah, maka bolehlah teruskan niat untuk bergaya. Saya tidak ketinggalan berendam sepuasnya. Akibatnya, kena 'sunburn' yang agak teruk! Leher, dahi, bahu, betis sakit-sakit, merah, hitam, gatal, dan pedas.
Ini sesuatu yang jarang berlaku dan jarang dapat dilihat! Biawak mandi laut!!Satu lagi yang saya perlu sebut di sini ialah, di pantai ini sepanjang masa ada orang berendam dan mandi. Tak kira pagi, tengah hari, atau petang; mendung, atau terik, atau hujan dan ribut?
Tengok sajalah ya, pantai ini tidak dibenarkan mandi kerana air dalam dan ombak kuat. Orang ramai yang menuju Kuantan dan pantai barat memang suka singgah di sini untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.
sempat lagi nak bergaya ...


Saiznya tidaklah besar, namun tidak menghalang ia menjadi salah satu masjid yang unik.
Pemandangan yang memukau sebegini selalunya hanya dapat dilihat dalam lukisan.
Tumbuh-tumbuhan yang ditanam secara kreatif menonjolkan kelainan tempat ini.
Air sungai mengalir cetek. Sesuai untuk aktiviti. Seronok untuk mandi.
Air terjun di atas bukit menjanjikan pengalaman berbeza.
Hutan di belakang ini ialah tapak Aktiviti Berhalangan dan Jungle Tracking.
Jangan terkejut! Sepanjang perjalanan menaiki bot ke Pulau Sah Kecil, pemandangannya amat menakjubkan.
Suasana dalam RPP nan tenang dan damai.
Kalau tak singgah di Taman Herba memang rugi.
Bergaya dengan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah!
Duduk termenung melayan feeling di pagi hari best juga...
Pendek kata, memang best!