Tempat : Cameron Highlands
Tarikh : 10 & 11 Disember 2009
Tempoh : 2 hari 1 malam
Syurga strawberi, teh, bunga dan kaktus, itulah kesimpulan yang dapat diberikan.
Selepas sarapan pagi, terus berjalan kaki menuju ke Big Red Strawberry Farm memang idea. Tempat ini sesuai bersantai kerana luas, lapang, rileks dan menghimpunkan hampir kesemua keistimewaan yang terdapat di Cameron Highlands.
Sayur, bunga, strawberry, kaktus, anggur, tomato, cenderamata, cafe strawberry, enak sangatlah tempat ini. Labu besar, lobak gergasi... kena datang sendiri baru faham keseronokannya.
Lepas puas lepak di BRSF, elok terus ke Ladang Teh Sg Palas. Di sini kita boleh ambil gambar, menikmati teh di cafe yang dikelilingi pokok teh, melawat kilang teh, dan membeli pelbagai perisa teh. Selain daripada Sg Palas, terdapat satu lagi ladang teh di Tanah Rata iaitu Bharat Teh Estate, dan satu lagi ladang teh 'Boh' di Habu. Masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Kena lawat ketiga-tiganya.
Lepas penat berjalan, kalau terjumpa anak sungai ini, jangan lepaskan peluang berendam (kaki pun jadilah) seketika, memang 'sedap gila'. Airnya... waw sejuk best!!
Perjalanan hari pertama diakhiri dengan lawatan ke CactusPoint dan Tea House di Bharat Plantation. Sepatutnya nak jalan-jalan kat pasar malam, tetapi orang ramai sangat tak ada tempat nak parking. So, terus balik lepak kat bilik.
Hari ke-2
Aktiviti pertama terus ke MARDI, sarapan pagi saja di sana. Tempat ini macam biasa padat dengan pelbagai tumbuhan. Selain bunga dan sayur-sayuran, ada epal, anggur, teh. Bayaran RM3 sekepala. Masuk untuk bersantai best juga. Kekurangan yang dirasai kali ini ialah bunga ros di Taman Bunga Ros kurang meriah. Bukan musimnya agaknya.
Suka sangat le tu jumpa air.
Lepas puas bersantai, patah balik ke Brinchang singgah di EQ Strawberry, Bee Farm, Taman Rama-rama, Time Tunnel.
Sebelum balik ke KL, sepatutnya singgah di Ladang Teh BOH di Habu, tetapi kerana ada masalah brake kereta, so perjalanan dipendekkan sedikit. Lepas singgah sekali lagi di Bharat Teh Estate untuk tangkap gambar, terus menuju jalan pulang.