Sunday, October 18, 2009

PANTAI MORIB LAGI ...

Ya, Pantai Morib lagi? Dalam tahun ini, ini kali ke-3 saya datang ke sini. kenapa? Best sangat ke sini?

Tarikh : 17 Oktober 2009 (Sabtu)
Peserta : 2 orang
Catatan : Untuk mengisi masa cuti Deepavali 3 hari.

Kali pertama :
Orang rumah yang ajak datang. Sampai pukul 10 pagi. Air laut masih tinggi dan memukul benteng. Seram juga. Itulah perasaan pertama terhadap pantai ini.

Kali Ke-2 :
Tujuan utama untuk berjalan mengisi masa, dan bergaya tangkap gambar. Ada standby bawa pakaian sekali. Mulanya liat nak turun laut, tapi kerana terdesak nak buang air ... hahaha.

Kali ini tiba di sini pukul 12.15 tengah hari. Pantainya nampak kering saja. Macam tak ada peluang nak mandi. Air laut telah surut begitu jauh.
Air laut yang kering. Ada orang kata macam padang pasir. Air laut surut jauh sehingga mencecah 500 meter. Ini juga satu keunikan?
Pukul 1.30 p.m, air laut mulai pasang. Ya, di sini kita boleh melihat dan mengikut air laut surut dan pasang. Sila bawa payung untuk tujuan itu kerana cahaya matahari amat terik pada cuaca cerah.Kalau warna kulit bukan masalah, maka bolehlah teruskan niat untuk bergaya. Saya tidak ketinggalan berendam sepuasnya. Akibatnya, kena 'sunburn' yang agak teruk! Leher, dahi, bahu, betis sakit-sakit, merah, hitam, gatal, dan pedas.Ini sesuatu yang jarang berlaku dan jarang dapat dilihat! Biawak mandi laut!!
Satu lagi yang saya perlu sebut di sini ialah, di pantai ini sepanjang masa ada orang berendam dan mandi. Tak kira pagi, tengah hari, atau petang; mendung, atau terik, atau hujan dan ribut?

Wednesday, October 14, 2009

PANTAI KEMASIK

Tarikh : 26 September 2009
Tempoh : 1/2 jam ~ singgah berehat saja :-D
Peserta : 2 orang
Catatan : Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur selepas Raya.Tengok sajalah ya, pantai ini tidak dibenarkan mandi kerana air dalam dan ombak kuat. Orang ramai yang menuju Kuantan dan pantai barat memang suka singgah di sini untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.sempat lagi nak bergaya ...

MASJID KRISTAL

Tarikh : 21 September 2009 (Raya ke-2)
Tempat : Masjid Kristal
Tempoh : 20 minit (lebih kurang)
Peserta : 7 orang

Dalam kesibukan beraya tahun ini, sempatlah mencuri masa beberapa ketika singgah di tapak tumpuan baru pelancong di Terengganu ini.
Kalau jalan tak sesak, 15 minit dah boleh sampai ke sini dari pusat bandar. Ikut saja papan tanda yang tertera Taman Tamadun Islam.
Kedudukannya strategik kerana lokasinya yang bersebelahan dengan Taman Tamadun Islam. ~ yang kebetulan tutup sempena Hari Raya Aidilfitri :-(Saiznya tidaklah besar, namun tidak menghalang ia menjadi salah satu masjid yang unik.
Masjid ini juga menarik ramai pelancong bukan Islam datang mengunjung.

Sunday, October 11, 2009

IMPIAN COUNTRY RESORTS, HULU LANGAT

Lokasi : Impian Country Resort, Hulu Langat
Tarikh : 10, 11 Oktober 2009
Peserta : 40 murid, 15 guru
Catatan : Sempena Perkhemahan Unit Beruniform sekolah (SK2PJ) 2009

Pemandangan yang memukau sebegini selalunya hanya dapat dilihat dalam lukisan. Tumbuh-tumbuhan yang ditanam secara kreatif menonjolkan kelainan tempat ini. Air sungai mengalir cetek. Sesuai untuk aktiviti. Seronok untuk mandi.Air terjun di atas bukit menjanjikan pengalaman berbeza. Hutan di belakang ini ialah tapak Aktiviti Berhalangan dan Jungle Tracking.

Catatan :Jungle tracking di sini membuat saya rasa seronok. Di sini jarang ada pacat. Hanya 3 orang murid saja yang dihinggapi pacat (Salman, Yusri dan Nurul Shafiqah). Ia juga dibantu cuaca, kerana malam tadi tak hujan. Beberapa lokasi dalam laluan ini agak mencabar bagi murid-murid sekolah rendah. Bagi seorang guru, ia amat menyeronokkan. Elok jangan tergesa-gesa untuk menghabiskan perjalanan, ia mungkin menyebabkan kita terlepas untuk menikmati suasana dalam hutan ini.

Pihak Impian Resort turut mengendalikan aktiviti Leadership Games (Mencari Guli Dalam Air, Sang Kancil dan Buaya, Mengisi Air Dalam Paip Besar, Mengisi Air Dalam Baldi) dan Jungle Tracking.

Tuesday, October 6, 2009

MENCARI DETIK di TASIK KENYIR

Tempoh : 3 hari 2 malam (sempena cuti Raya 2009)
Tarikh : 22, 23, 24 September 2009 (Raya 3, 4, 5)
Bilangan Peserta : 8
Penginapan : RPP Tasik Kenyir
Jangan terkejut! Sepanjang perjalanan menaiki bot ke Pulau Sah Kecil, pemandangannya amat menakjubkan. Suasana dalam RPP nan tenang dan damai. Kalau tak singgah di Taman Herba memang rugi. Bergaya dengan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah!Duduk termenung melayan feeling di pagi hari best juga... Pendek kata, memang best!

Catatan:
Di Pulau Sah Kecil terdapat satu laluan jogging mengelilingi pulau. Kami mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk menghabiskan laluan ini dengan berjalan kaki. Oleh kerana laluan ini jarang orang guna, ia adalah dalam keadaan tidak terurus.